Friday

Kursus Pendek Menghasilkan Blog Siri 1/2015

Tarikh: 11 April 2015
Hari: Sabtu
Masa: 8.30 pagi - 4.30 petang
Yuran: RM25 seorang
Anjuran: Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat,
Kolej Komuniti Mas Gading


Untuk pra-pendaftaran, sila hubungi:

082-763.730 (Kolej Komuniti Mas Gading)
019.875.9547 (Puan Mira - Tenaga Pengajar)

Nota Kursus

Nota untuk Kursus Pendek Menghasilkan Blog boleh didapati di sini. 
Klik NOTA KURSUS dan anda boleh download nota anda.

Terima Kasih.

Tuesday

Apakah Blogger?

Blogger adalah kata ganti nama bagi mereka yang mempunyai Blog dan pemilik kepada sesebuah Blog. Blogger kebiasaanya akan menghiasi Blog mereka dengan tema yang bersesuaian untuk menarik minat pembaca untuk melawat dan membaca penulisan yang dipaparkan.



Blogger yang menulis sesebuah penulisan akan mengulas topik yang ingin diketengahkan dalam bentuk penghuraian supaya mudah difahami oleh pembaca dan penulisan tersebut akan diterapkan dengan elemen-elemen SEO untuk memudahkannya ia dipaparkan di halaman carian google.

Apakah Blog?





Blog merupakan singkatan dari “web log” adalah dalam bentuk aplikasi web yang dipersembahkan dalam bentuk penulisan yang ditulis pada sebuah halaman web umum yang bertujuaan sebagai penceritaan atau perkongsian kepada orang ramai dan penulisan ini seringkali dimuat menurut urutan kronologi dan dipaparkan dengan tertib terbalik.


Blog memberikan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk, umpamanya makanan, politik, atau berita tempatan, dengan sesetengah blog berperanan lebih sebagai buku harian peribadi dalam talian. Blog yang tipikal menggabungan teks, imej, dan pautan ke dalam blog, laman web, dan media lain yang berkaitan dengan topiknya. 


Keupayaan para pembaca untuk meninggalkan ulasan mereka dalam format interaktif merupakan ciri yang utama untuk banyak blog. Kebanyakan blog umumnya adalah blog teks, walaupun sesetengahnya bertumpu pada gambar foto (blog foto), video (vlog), muzik (blog MP3), atau audio (podcasting), dan merupakan sebahagian rangkaian media sosial yang lebih luas.


Istilah “blog” merupakan kata lakur untuk perkataan “web” dan “log” (Web log). “Blog” juga boleh digunakan sebagai kata kerja yang membawa pengertian “untuk memeliharakan atau menambahkan isi kandungan ke dalam blog.”


Sumber: MohdRasul.com

Monday

Objektif Kursus



Setelah tamat kursus, peserta boleh:
  • Mendaftar email dan blog percuma di internet
  • Membuat dan menyunting entri yang berkaitan ke dalam blog
  • Membuat susun atur dan design yang bersesuaian